5 Pemain Bola Sepak Yang Rebah Dan Maut Di Atas Padang

Ramai pemain bola sepak yang rebah dan maut ketika mereka sedang beraksi di padang termasuklah David Faramola Oniya, kapten pasukan T-Team di mana ini merupakan kes pertama dalam Liga Malaysia. Namun, insiden seperti ini bukan asing dalam kancah bola sepak dunia. Kebanyakan kes kematian pemain bola sepak melibat masalah jantung dan beberapa masalah lain.

Berikut merupakan 5 senarai kematian pemain bola sepak yang bukan sahaja ternama, malah ada yang masih muda dan berbakat besar. 

1. Tommy Blackstock



Tommy Blackstock, 25, meninggal dunia pada 8 April 1907 ketika beliau bermain menentang St. Halens. Selepas menanduk bola, dia rebah dan kemudiannya mati.

2. Jimmy Thorpe



Jimmy Thorpe, penjaga gol Surderland ini meninggal dunia pada usia 22 tahun. Pada 1 Februari 1936, beliau ditendang di kepala dan dada selepas menangkap bola dalam perlawanan menentang Chealsea di Roker Park. Beliau bertahan sehingga perlawanan tamat dan meninggal 4 hari kemudian kerana diabetes dan kegagalan jantung. 

Insiden ini membawa kepada perubahan dalam peraturan, di mana pemain tidak lagi dibenarkan untuk menaikkan kaki mereka apabila penjaga gol mempunyai bola dalam tangan mereka.

3. Hernan Gaviria 



Hernan Gaviria, 32 tahun, pemain tengah pasukan Columbia ini meninggal dunia pada 24 Oktober 2002 ketika beliau dan rakan sepasukan, Giovanni Cordoba disambar kilat semasa sesi latihan bersama Kelab Deportiva Cali. Beliau meninggal dunia di tempat kejadian sementara rakannya, Cordoba meninggal dunia tiga hari kemudian.

4. Miklos Feher



Feher, 24, pemain posisi penyerang ini meninggal dunia pada 25 Januari 2004. Beliau meninggal dunia akibat masalah jantung semasa perlawanan antara Benfica menentang Vitoria de Guimaras di Portugal.

Kematiannya mendapat perhatian umum kerana adanya rakaman video saat Feher rebah di padang.

5. Cristian Gomez



Pemain pertahan Atletico Prana rebah dan meninggal dunia semasa perlawanan menetang pasukan Boca Unidos 24 Mei 2015.

Sumber : Sajakongsi

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri