'Jangan Seru Nenek Tua Itu, Nanti Dia Datang...'


Kisahnya bermula ketika aku sedang berpantang ank kedua dirumah ku sendiri. Rumah ku berdekatan dengan rumah parents aku. Aku merupakan ibu muda dan boleh melihat makhluk halus sejak dari kecik tapi bila dah besar jadi jarang2 jea, maksud nya bila benda tu ada dlm rumah ku @ disekitar, aku boleh nampak.

Aku melahirkan ank pertengahan tahun lepas. Aku tinggal di bandar. Semua org tahu nak cari bidan @ tukang urut dibandar nie memang susah dan payah tambahan mahal pulak tu. Beberapa bulan sebelum bersalin bermacam2 persiapan aku buat termasuk lah survey bidan dlm internet dan melalui kawan2.

Selepas bersalin, aku dh jmpa bidan sorg nie, dia boleh dtg rmh dan bayar seikhlas hati, dia xminta pon bayaran. Tapi ada 1 masalah, dia urut mcm tu mcm tu jea haih, xrasa langsung, lepas urut tu aku bgtaw suami aku, utk reject.

Sampai lah ke giliran tukang urut NENEK MISTIK nie 😨. Pg tu mak aku masuk rumah ikut pintu dapur (pintu belakang). aku yg xtahu pape nie mata masih terkial2 baru bangun, mak aku perkenalkam nenek tua nie umo lbh 80an masih gagah lg berjalan dan melompat. Mak kata nenek nie power mengurut, mak dh try, mak sruh aku plak mengurut ngn nenek nie. Dia sruh aku mandi dlu, pas mandi trus di urut2 nya aku, tapiiiiii... time part kt bahagian peranakan, dia guna kaki! KAKI OK! Aku diam jea.. hmm tp dia urut sedap weh guna tgn huhu.. dia siap bg aku mkn jamu buatan dia sendiri dan lepas mkn esk nya bangun bdan aku terus berternaga! Segar ok. Malah aku rasa mcm bukan dlm pantang. Xada sakit apa2, bdan ringan siap boleh melompat bagai, tp aku xlompat lah hehe.. just nak korang imagine betapa kuat nya jamu tu sekali mkn! 
Oh yea, aku berpantang ank sulung ada sekali, tp yg peliknya ank sulung aku umo 1thn++ time tu xnak langsung dekat dgn dia, salam xnak, duduk dekat ngn nenek tu lagi lah dia menagis2 xnak. Time tu aku xpikir pape pon. Hmm xtahu knp aku xpikir pape. Nenek tu dtg dekat ngn anak aku pon, ank aku lari nagis2. Satu hari tu aku baringkan ank sulung kt ats riba aku tiba2 nenek tu datang kt ngn aku, dia ajar cara urutkan kaki baby @ bdk2, time tu ank aku meronta2 mcm xnak nenek tu pegang dia, tp aku tahan jea ank aku smpai lah nenek tu dh abeh urut kaki anak aku.

Lps beberapa hari tu, tiba2 datang pulak seorg ustaz dari darul syifa. Aku nie pelik lah. Dia lalu ikut dapur juga. Oh yea, kiteorg bg kunci belakang spy mudah mak @ adk nak masuk, sebab dekat jea klu lalu dapur. Ok berbalik dgn cerita td, lps ustaz tu dtg, mak bgtaw nenek tu ada JIN! JIN apa? HANTU KUCING. Yea, tukang urut siam nie byk guna jin, dekat siam ustaz tu kata paling kuat HANTU KUCING. Hantu kucing nie dia mcm nie, dekat nenek tu dia ada seekor ketua kucing, lepas tu ketua nie boleh suruh ank2 dia yg berapa ekor xtahu lah pergi mana yg tuan dia suruh. Setiap org yg pernah urut dgn nenek nie, nenek nie akn letak seekor ank dlm bdan org tu. Dan org tu boleh jd trus sihat lepas mengurut ngn nenek nie. Contoh terdekat abg aku, kebetulan dia xleh jalan sbb jatuh teruk, lepas nenek tu urut kaki dia, terus boleh jln dan lompat. Xpercaya? Xpercaya sudah huhu.

Sorry, tiap kali bercerita mcm lari ke tmpt lain plak hehe.. jgn marah naa.. 😅
Lepas ustaz tu baca2 dia bgtaw nenek tu letak kat kepala aku seekor kat peranakan aku DUA EKOR! time dia rukyah kan aku, perot aku sakit sgt2, terutama kt tmpt peranakan. Allahu, xterkata sakit nya 😢, lepas jin xada dlm bdn, bdn terus jd lemah selemah2 nya mcm lps bersalin bbrapa minit kemudian. Dia pon baca2 kan kat anak aku, ada seekor dia letak kat kaki anak aku, tmpt dia urut! Patut lah lepas balik jea nenek tu, anak aku duduk sndiri smbil pegang2 kaki dia. setiap hari dan setiap waktu dia jd gitu smpai lah ustaz tu buang jin dri kaki dia. ustaz pon cerita lah psl nenek nie, pasal hantu kucing segala kucing yg dia tinggalkan dibadan. Yg jamu tu plak, ustaz tu kata dibuat di tokong budha, ada jampi2 dan ada bau2 kemenyan. ttbe mak bgtaw nenek nie bru masuk islam, ptut lah kiteorg tgk dia lngsung xsmyg, tp bila psg oasis ayt2 zikir dia ikut zikir juga kuat2 smbil mengurut. Tp xpernah smyg ok spnjg urut aku, mak, abg dan makcik aku kt rmh aku yg amek masa dri tgh ari smpai dkt nak senja. masa ustaz nak msuk ikut pintu belakang sblm tu ustaz baca2 tp tiba2 ustaz tu mcm bergelut ngn benda tu smpai ustaz tu nak jatuh terduduk, rupanya nenek tu letak benda tu seekor kt blkng rumah, patutlah suami aku kerap nampk seekor kucing yg bertenggek kt blkng dgn seram nya.

Ustaz tu pesan, lepas nie kalau nak mengurut elakkan lah mengurut dgn org siam, sbb mejoriti org siam byk guna ilmu. Lps tu ustaz tu bgtaw jgn seru nenek tu, nnti dia dtg. Sbb benda tu boleh tahu klu org duk seru, ckp, cerita @ teringat kt dia nnti jin tu akn bgtaw nenek tu, dan nenek tu akn dtg dekat kita. Hmm sepanjang aku type nie, hati rasa berdebar2 sgt, takot seram smua ada. Tp mcm manapon aku nak sgt share spy berwaspada selalu ketika memberi org yg xkenal menyentuh bdan kita ☺
Salam.

0 comment... add one now

HimpunanCeritaLawak tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri